Thursday 22 December 2011

Chapter 01

"Alamak da lambat..macamana boleh lambat bangun pulak ni" ngomel si Mia sambil tangannya lantas mencapai segala keperluan untuk ke sekolah. Hari ni hari isnin pulak tu..ada perhimpunan lagi..mati la aku kalau sampai kena denda kat perhimpunan nanti. Mia mula terbayangkan keadaan tersebut. Dengan pantas Mia berlari keluar dari biliknya.

" Ha Mia,  tak sarapan dulu ke?" sapa ibunya.

" Takla bu..dah lambat ni, nanti Mia makan kat sekolah aje" balas Mia sambil menyalami tangan ibunya dan bergegas menyarungkan kasut ke kakinya.

" Baik-baik bawak basikal tu..jangan tergopoh gapah, nanti jatuh susah pulak " pesan Mak Jah sambil menggelengkan kepalanya melihat perangai anaknya yang kelam kabut itu.

Mia cuma melambai tangan ke arah ibunya tanpa dapat menangkap butir bicara ibunya..Pasti ibu pesan suruh bawak basikal elok-elokla tu.." Ibu, ibu...anak ibu ni champion tau kat kampung ni.." rungut Mia sambil tersenyum. Basikal yang dikayuhnya bergerak laju untuk menuju ke destinasi yang dituju.

*********************************************************************************

" Oi makcik..napa lambat ni? Selalunya kau yang paling awal sampai..semalam mimpi naik pelamin ke?" sapa Ida sambil tersengih-sengih.

Mia meletakkan beg sekolah dikerusinya tanpa menghiraukan usikan temannya. "Orang kelam kabut ni dia nak bergurau pulak" gerutu Mia di dalam hati.

" Jomla nanti tak pasal-pasal jadi artis glamour pulak, kau nak ke cik Ida oi... " ajak Mia sambil menarik lengan Ida. Ida seperti orang suruhan cuma menurut saja langkah Mia.

Mia mempercepatkan langkahnya menuju ke Dataran Ilmu dimana semua pelajar perlu berkumpul. Boleh dikatakan semua pelajar sudah berada dalam barisan kelas masing-masing. Cuma dia dan Ida yang masih tercari-cari rakan-rakan kelasnya.

" Ha..ada lagi ke yang belum masuk barisan? Dah tau harini ada perhimpunan pun masih datang lambat lagi..Cepat sikit " sergah cikgu Izani, cikgu disiplin di sekolah tersebut. Semua pelajar terdiam..memandang-mandang keadaan sekeliling, melihat pelajar-pelajar yang masih kelam kabut mencari barisan. Nasib baik Mia dan Ida sudah pun menjumpai barisan kelasnya.

 " Fuhh lega rasanya.." ngomel Mia sambil membetulkan tudungnya. Rasa macam baru terselamat dari dihembap batu besar. Matanya memandang kehadapan, melihat tempat duduk dihadapan yang sudah pun dipenuhi oleh guru-guru. Matanya melilau lagi disekeliling dan akhirnya ke belakang pula sehinggalah dia bertembung dengan sepasang anak mata yang sedang memerhatikannya dan pandangannya terhenti disitu.

" Baiklah untuk memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini kita jemput Ustaz Amin untuk membacakan doa..." kedengaran suara cikgu Izani memulakan upacara majlis. Suara itu lantas menyedarkan aku dan cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku ke depan.

" Main mata nampak " usik Ida yang menyedari keadaan itu.

" Mana ada la.." balasku dengan merasakan ada rona merah dipipiku. Aku memandang terus kehadapan tanpa menoleh ke arah Ida yang ada dibelakangku. Tiba-tiba terasa malu terbit dihatiku, takut kalau-kalau Ida mengesyaki yang bukan-bukan. Nanti apalah yang difikirkannya..takkan aku nak ambil pakwe kawan baik kami sendiri..aduhhh malunya..Moga-moga Ida tak berfikiran sedemikian...

*********************************************************************************

Perhimpuan yang berlanjutan sehingga satu jam telah pun berakhir. Macam-macam masalah yang ditimbulkan..itu la ini la..sehingga naik mengantuk dibuatnya. Semua yang dicakapkan seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apalah cikgu disiplin ni pagi-pagi buta dah membebel yang bukan-bukan. Kalau ade penyelesaiannya xpelah jugak..ini, masalah semakin bertambah. Lantaklah asalkan bukan membabitkan aku. Semua pelajar sedang menuju ke kelas masing-masing. Begitu juga dengan aku dan Ida. Aku terus duduk dikerusiku sebaik saja sampai ke kelas kami.

" Mia..kau ada dapat surat dari Zati tak" tanya Ida.

" Tak, kenapa?"

" Tak delah kot-kot dia ada hantar surat kat kau ke..sebab Fariz dapat tau " terang Ida.

" Ye ke? Yelah mesti dia hantar kat Fariz..Fariz tu kan pakwe dia.." balasku.

" Aku tau la Fariz tu pakwe dia, tapi kalau bukan kita yang tolong kenenkan diorang belum tentu dia jadi awek Fariz tau " ngomel Ida padaku.

" Entahlah..agaknya dia sibuk kot, sekolah dia bukan sama macam sekolah kita ni..aktiviti dia lain, kita lain. Lagipun awal-awal lagi dia ade cakap masa dia tulis surat kat kita dulu tu..diorang punya masa semuanya diaturkan..masa belajar, masa makan, masa tidur..pendek kata semualah...bukan macam kita ni..masa belajar pun main-main.." terangku panjang lebar.

Harapnya dengan penjelasan itu akan membuatkan Ida berhenti mengomel. Tepat dugaanku bila Ida disebelahku senyap dan sedang mengambil sesuatu di dalam begnya. Entah kenapa tiba-tiba moodku seperti hilang bila mendengar nama Zati dan Fariz. Teringat sewaktu kami masih lagi bersama-sama. Aku, Ida dan Zati..kami merupakan kawan baik yang amat rapat sehingga semua rakan-rakan menggelar kami tiga dara pingitan. Tidak lengkap kalau kami bertiga tidak bersama. Semua aktiviti kami mesti bersama..dari hal belajar sehinggalah hal ko-kurikulum. Cuma yang bezanya aku lebih aktif dari mereka..banyak sukan yang aku terlibat. Sampaikan ada masa yang aku tidak dapat hadir ke kelas..terpaksa mewakili sekolah untuk pertandingan. Cuma itulah yang membezakan kami, mungkin sebab fizikal aku ni yang tinggi lampai agaknya yang membuatkan aku lebih cenderung ke arah itu, sedangkan mereka agak rendah berbandingku. Walau apapun kami tetap rapat dan akrab..tapi sekarang hanya tinggal aku dan Ida, Zati telah meninggalkan kami dengan menerima tawaran bersekolah di sekolah asrama penuh. Keputusan PMR Zati agak baik berbanding aku dan Ida yang melayakkannya untuk bersekolah di sana. Tak pelah mungkin rezeki kami memang di sekolah ini. Kat mana-mana pun boleh berjaya, asalkan ada usaha yang gigih..mungkin SPM nanti result aku cemerlang ke, bolehla masuk universiti..hehehe..


click for more


" Apalah yang cik adik ni berangan sampai tersengih sorang-sorang " sapa satu suara yang orangnya dah pun berdiri di sebelah mejaku.

" Oh ye ke..mana ada " balasku tersipu-sipu. Bila pulak mamat ni datang kat aku..ngomelku didalam hati.

" Agaknya dia teringat mimpi naik pelamin dengan putera idaman semalam kot.. " ujar Ida.

" Ye ke..patutla sampai lambat datang sekolah..agaknya tak nak tinggalkan putera tu sorang-sorang la tu..maklumla malam per....". " Agak-agakla sikit nak bergurau pun..tu da lebih dah tu " pintas Mia memotong percakapan Fariz.

" Ok-ok sorry ye..aku usik je " ujar Fariz setelah sedar mukaku masam mencuka. Aku cuma diamkan diri tanpa sebarang reaksi. Ida disebelahku memberikan isyarat tangan pada Fariz seperti menyalahkan Fariz di atas kesalahan tutur bicaranya.

" Ala Mia sorry k..aku gurau jelah, takkan nak terasa kot..janganlah macam ni..ala tomey-tomey Mia ni " Fariz cuba memujukku. Aku masih berdiam diri. Buku yang ada di depanku ku capai.

" Mia janganlah macam ni..Mia, Mia " lantas Fariz merampas buku ditanganku. Aku cuba mendapatkan semula buku itu.

" Fariz..bagi la balik buku ni..Mia punya la " marahku sambil menarik buku tersebut dari tangannya. Ida hanya melihat perlakuan kami sambil tersenyum.

" Tak nak..kalau Mia tak maafkan saya, saya tak nak bagi buku ni " Fariz masih berdegil.

Mia juga masih berdegil. Tangannya masih kuat memegang buku tersebut, begitu juga dengan Fariz. Mia tidak mahu mengalah..sakit hati benar rasanya dengan kata-kata Fariz tadi. Tangannya menyentap buku itu dari Fariz dan di saat itu pandangan mereka bersatu...

" Cikgu dah datanglah " teriak salah seorang dari rakan kelas mereka. Terkejut dengan teriakan itu Fariz melepaskan pegangannya pada buku itu dan berkata " Mia, sorry.." antara dengar dengan tidak pertuturannya sambil kakinya melangkah ke tempat duduknya di sisi kiri kelas itu.

" Kelas bangun....assalamualaikum cikgu " seisi kelas memberikan salam kepada cikgu subjek Matematik itu.

*********************************************************************************

Tuesday 20 December 2011

Prolog

~ Julai 1999 ~

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai ini. Suasana pagi yang mendamaikan. Berada disebelahku adalah ayahku yang telah sanggup untuk datang menghantar aku untuk sessi pendaftaran. Walaupun terpaksa menaiki bas selama hampir 12 jam untuk sampai ke sini namun dia sanggup kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menemaniku. Sesampainya kami di stesen bas Larkin sekumpulan ajk dan staf UTM telah pun setia menunggu ketibaan kami seawal pagi lagi. Dan sekarang aku masih berada dalam bas UTM yang telah ditugaskan khas untuk membawa kami ke sini.

Laluan pintu gerbang UTM telah pun kami lepasi. Mataku melilau-lilau melihat keadaan di sekeliling. Terbit perasaan bangga di hati tatkala melalui gerbang yang tersergam indah dengan ukiran ' Selamat Datang Ke Universiti Teknologi Malaysia'. Bangga kerana aku terpilih untuk menjejakkan kaki sebagai pelajar di sini..Terpilih untuk menjadi mahasiswi UTM. Terima kasih YA ALLAH di atas peluang yang Engkau berikan ini. Moga aku akan berjaya menggulung sekeping ijazah bila keluar kelak. AMIN.

Keadaan pagi masih lagi tenang. Mungkin belum ramai lagi yang tiba untuk sesi pendaftaran ini. Cuma mungkin kami yang menaiki bas sahaja yang sampai lebih awal..bagi mereka yang mampu untuk datang dengan kereta sendiri akan sampai lewat sedikit. Tak pelah janji aku selamat sampai.

" Assalamualaikum dan selamat pagi semua..ok, sekarang kita dah sampai ke Dataran Ilmiah. Semua orang boleh turun dan ambil barang masing-masing ye..Nanti kat bawah ada surau dan bilik air..pada sesiapa yang nak mandi atau bersiap, silakanlah..dalam masa satu jam kita akan ada taklimat untuk ke sesi pendaftaran " salah seorang ajk memberikan keterangan.

Aku dan ayah lantas bangun dan mengambil beg kami dan berjalan menuju ke pintu keluar bas tersebut. Kena cepat bersiap ni..detik hatiku. Setelah menghantar ayah ke surau aku pula beralih ke tempat untuk aku mempersiapkan diri. Setelah hampir satu jam, kami semua berkumpul untuk mendengar taklimat. Semua orang diagih-agihkan mengikut destinasi masing-masing. Dan sekali lagi aku dan ayah berada di dalam bas UTM ini...menuju ke Kolej Tuanku Canselor yang aku sendiri tidak tahu di mana lokasinya.

" Agaknya kat sini kolejnye ye " ayahku bersuara.

" Ye la kot yah..bas da berhenti ni.." balasku.

" Ok kita dah sampai ye..ni lah Kolej Tuanku Canselor..boleh turun nanti kat bawah tunggu arahan seterusnya " ujar Ajk yang ditugaskan.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi..bahang matahari mula terasa. Masih sedikit bilangan pelajar yang datang mendaftar..mungkin masih awal kerana waktu pendaftaran akan berakhir pukul 5 petang nanti.

" Bagus jugak kalau tak ramai orang, cepat sikit siap daftar ni " ngomel ku sendiri. Mataku memandang ke arah ayah yang sedang duduk berteduh di bawah pohon . Kesian ayah terpaksa menunggu aku..detik hatiku.
Sudah disuruh untuk masuk ke dalam dewan, tapi nanti katanya..nak menghirup udara segar dulu..Ayah, ayah padahal nak hisap rokoklah tu..hatiku mengomel.

Sesi pendaftaran mengambil masa yang agak lama juga walaupun tak berapa ramai orang. Aku baru selesai mendaftar untuk bilik...tengah menunggu giliran untuk buat kad matriks pulak ni. Tubuh terasa penat sangat, maklumlah semalaman duduk di kerusi bas. Naik lenguh seluruh badan dan sesekali aku menguap kerana mengantuk..Bosan pulak terasa, nak bersembang dengan rakan sebelah tak kenal pulak..cuma melemparkan senyuman saja dari tadi, sampai aku rasa da nak naik kebas dah bibir aku ni menguntum senyuman. Alah biarlah asalkan orang tak cakap sombong sudah...

Dan akhirnya siap sudah segala urusan...sekarang masa untuk 'check in' ke bilikku. Aku melilau-lilau mencari ayah..manalah ayah ni. Ku jenguk ke dalam dewan tiada...lantas aku menaiki tangga untuk ke atas dataran. Dari jauh sudah ku nampak ayah yang sedang ralit bersembang dengan pakcik seusianya. Aku tersenyum dari jauh.

" Ayah jom..dah siap daftar, sekarang kita pergi hantar barang kat bilik Ain..nanti kena datang sini balik untuk taklimat " tearngku panjang lebar pada ayah.

" Taklimat lagi ke..huuu, penatla ayah " rungut ayahku.

" Tak pe yah..taklimat ni cuma Ain je kena pergi..untuk ibubapa dah takde.."

" Alhamdulillah.." balas ayah sambil tersenyum padaku.

Aku dan ayah membimbit beg-beg sambil memanjat tangga untuk ke blok asrama. Dari jauh aku cuba melihat dan mencari blok tempat tinggalku tapi tidak kelihatan.

" Mana satu asrama kamu ni " tanya ayah setelah melihat aku seperti orang yang kebingungan. Dan aku hanya tersengih sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

" Kalau tak tahu, tanya lah sapa-sapa..ha tu ada orang nak lalu sini tu..cepat tanya " suruh ayah.

Sebaik saja orang itu mendekati kami, aku cepat-cepat bertanya. " Tumpang tanya S08 ni kat mana ye? "

" Oh blok ni belah sana dik, pakcik..kena turun tangga ni balik pastu jalan terus je ke sana sampai hujung jalan ni..nanti nampaklah blok tu " terangnya sambil tangannya menunjukkan arah pada aku dan ayah.

" Ok terima kasih bang " ucapku.

" Alah penat je naik tangga ni..letih tau tak, dah la bawak beg berat ni..eii menyusahkan betulla " rungutku tanpa sedar.

" Tulah tadi tak nak tanya dulu, main terjah je..dah turun cepat " balas ayahku dalam nada yang sedikit tinggi.

Kasihan pulak aku pada ayah..Betul cakap ayah aku yang salah. Aku ni tak pelah muda lagi..larat nak bawak beg tu, tapi ayah dah tua...terpaksa pulak bawak beg berat jugak, turun naik tangga pulak tu. Aku nak tolong pun kat tangan aku pun da penuh beg. Huuuh..keluh hatiku.

Akhirnya jumpa jugak dengan blok S08 tu..aku melilau-lilau mencari bilikku..105. Manalah letaknya. Mataku terhenti tepat pada tulisan nombor 105 tu.." Ha tu ayah ..da jumpa " ujarku girang. Ayah membontoti aku menuju ke pintu bilik tersebut. Aku mengambil kunci untuk membuka pintu tersebut. Tap..pintu itu lantas kubuka.

" Ini bilik kamu ke Ain? " tanya ayah.

" Ye lah ayah...kalau tak, takkan dapat bukak " jawabku sambil mataku melihat sekeliling bilik.

" Bilik bertiga kot..sebab ada tiga katil ni..lagi dua orang belum sampai lagi ni " terangku pada ayah dan diriku sendiri.

Aku memilih sisi kiri bilik untuk tempatku. Bolehla mana-mana pun, asalkan ada katil..ada meja dan almari. Aku mengambil beg yang ada disisi ayah lantas meletakkannya ditepi almari. Beg-beg lain aku letakkan di atas katil.

" Aduh letihnya..bestnya dapat baring.." ucapku.

" Lepas ni bolehla kamu tu lena Ain sampai pagi besok..macam tak pernah jumpa katil pulak " ujar ayah setelah melihat gelagatku. Aku cuma tersengih memandang ayah.

" Semua dah settle la ni kan..ayah dah takda apa nak buat dah kan? "

Aku segera bangun bila mendengar pertanyaan ayah sambil kepalaku mengangguk-angguk.

" Ayah dah boleh balikla ni ye? " tanya ayah lagi.

" Ayah tau ke nak balik dari sini ? " tanya ku tanpa menjawab pertanyaan ayah.

" Alah, ayah ni bukannya kolot sangat..bukan tak pernah datang negeri orang. Kalau tak tahu tanyalah, jangan buat pandai sendiri.." ujar ayah sambil menyindir aku.

" Ayah ni perli Ain pulak..takdelah Ain cuma risau je takut ayah tak reti ke apa ke? Dahla nak telefon tak boleh nak bertanya apa..nanti jadi apa-apa susah tau yah.." luah hatiku.

" Kamu janganla mintak jadi benda yang tak elok..cuba mintak benda baik, baiklah jadinya..dah-dah tak payah risaukan ayah ni, yang penting kamu tu..kena ingat apa yang ayah pesan. Jaga diri elok-elok, belajar rajin-rajin..bersungguh-sungguh..jangan hampakan ayah dan keluarga kita..ingat tu pesan ayah..yang penting jangan tinggal solat..faham? " pesan ayah panjang lebar. Aku berkali-kali menganggukkan kepala tanda aku faham dengan pesanan ayah.

Dan perasaan sedih melanda diriku tatkala ayah meminta izin untuk pulang meninggalkan aku seorang diri ditempat baru..di tempat yang asing sekali buatku.

" Selamat jalan ayah..." ujarku perlahan sambil menahan sebak di dada....dan bermulalah hidupku sebagai seorang insan yang bergelar 'mahasiswi'.

**********************************************************************************

Sekilas Pandang

Bismillahirrahmanirrahim...

Cinta Ini Milikku ini adalah hasil nukilan saya sekadar untuk berkongsi detik-detik kenangan saya bersama cinta hati saya iaitu suami saya yang tersayang. Moga segala apa yang diceritakan disini dapat menjadi santapan minda buat semua. Maaf seandainya ada tersilap butir bicara dan perbuatan. Mungkin ada serba sikit yang ditokok tambah sebagai penyedap jalan cerita. Apa-apa pun selamat membaca...

Demam Ombak Rindu

Tanggal 17.12.2011...akhirnya berjaya jugak aku memujuk my hubby utk tengok cerita Ombak Rindu yg mmg da lama sgt nk tengok tu...Memang susah sgt nk ajak my syg ni tgk cerita melayu..mcm2 alasan die bagi..tp akhirnya berjaya jugak..terima kasih syg sbb sudi pegi..


Semangat utk tgk cerita ni mmg berkobar2 sbb da banyak kali da baca buku ni..tambah2 plak bile pelakon2 yg mainkan watak2 dlm cerita ni semuanya yg tip top & terbaik..Maya sbg Izzah, Aaron Aziz sbg Hariz...memang kena sgt gandingan tu...cume jalan ceritanya x berapa nk sama mcm dalam novel tu..rasa x puas pon ade..tp apa2pon mmg best la cerita ni...syahdu betul bile dgr lagu2 yg dimainkan...kesimpulannya saya bg 4.5 bintang utk filem Ombak Rindu ni...


Untuk tatapan semua, saya letakla sikit gamba & video klip utk filem ombak rindu ni..layan ye tp jgn smpai LALAI...^____^


OMBAK RINDU



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…


uuu…uuu..


********************************************

OMBAK RINDU LAGIIIII.....

Mood : Masih lagi pasal ombak rindu...^___^

Ni ada 2 lagu lagi yg brkaitan dengan ombak rindu...so layan dulu k..



Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Iwan : Ke Jalan Lurus (original MTV)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sesungguhnya diri ini adalah milik-NYA yang hakiki...cuma diberi peluang seketika untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya ini...Sempurnakah aku sebagai hamba-Nya?????Masih jauhkah perjalanan yang perlu diteruskan???Semoga DIRIMU memberkati perjalanan hidup ini sehingga noktah yang terakhir...bila sampai waktunya diri ini akan kembali PADAMU...